16 March 2022

AL-FATIHAH - KAKAK FIDA KEMBALI KE RAHMATULLAH



Pelakon dan usahawan, Rafidah Ibrahim menerusi laman Instagram miliknya telah berkongsi berita sedih dimana kakaknya, Norhayati Abd Aziz telah kembali ke Rahmatullah selepas menghembuskan nafas yang terakhir, pada jam 9.43 pagi semalam.


"Assalamualaikum dan dalam sejahtera. Makluman buat semua yg mengenali kakak/ Kak Ngah saya Norhayati binti Abd Aziz (kakak seibu) saya telah kembali ke rahmatullah pada jam 9.43 pagi tadi (semalam)," tulisnya.

Serentak dengan itu, pelakon berusia 35 tahun ini menitipkan ucapan terima kasih kepada semua yang tidak putus-putus mengirimkan doa buat arwah kakaknya.

Klik untuk gambar besar



Di samping itu, Rafidah atau mesra disapa Fida mewakili seluruh ahli keluarganya memohon ampun dan maaf atas semua salah dan silap sepanjang mengenali arwah kakaknya menerusi hantaran yang sama.

"Terima kasih buat semua yg berusaha dari segi medical dan doa yg tidak putus2 buat arwah. Saya mewakili seluruh keluarga arwah, memohon ampun dan maaf sepanjang kalian mengenali arwah. Semoga Allah s.w.t merahmati kalian semua di dunia dan di akhirat. #duniasementaraakhiratselamanya," katanya lagi.

Salam takziah buat seluruh ahli keluarga Fida. Semoga roh kakak Fida ditempatkan bersama golongan yang beriman. Al-Fatihah.



         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: