16 March 2022

EINA AZMAN POSITIF C0V1D KALI KEDUA - ANAK KEMBAR TURUT SAMA DIJANGKITI



"Semalam, saya dan keluarga menjalani ujian saringan kesihatan. Saya, kakak dan Aubrey serta Karl positif C0V1D. Semoga kali ini kami dapat melaluinya dengan baik. Jadi, kepada sesiapa yang ada bertemu dan berjumpa saya serta keluarga, jika ada simptom saya mohon tolong buat ujian saringan C0V1D. Terima kasih," kata pelakon Datin Paduka Eina Azman.


Pelakon berusia 27 tahun itu disahkan positif C0V1D kali kedua dan memohon kontak rapat dengannya untuk membuat ujian saringan kesihatan sekiranya mempunyai simptom. Selain Eina, kakak dan anak kembarnya iaitu Arianna Aubrey dan Karl Kareef yang berusia lima tahun turut dijangkiti virus itu.

Eina atau nama sebenarnya Ainur Syakina Azman berharap jangkitan kali ini tidak meninggalkan impak dan kesan teruk seperti kali pertama dahulu. Tambah Eina lagi, suaminya iaitu Datuk paduka Kaiser Gurmeet Abdullah dan dua pembantu rumahnya tidak dijangkiti virus itu.

Klik untuk gambar besar



"Alhamdulillah, buat masa ini suami dan dua pembantu rumah masih lagi negatif. Semoga mereka kekal negatif dan sihat sehingga kami selesai tempoh kuarantin. Berdasarkan pengalaman lalu, saya kini sedang menyediakan sup ketam nipah buat keluarga. Ini antara ikhtiar saya selain daripada ubat-ubatan yang diambil. Doakan semuanya baik-baik saja," tuturnya.

Terdahulu, keluarga Eina diuji dengan C0V1D selama 12 hari selepas mereka disahkan positif virus itu. Suaminya hampir dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU) berikutan jangkitan virus merebak 30 peratus pada paru-paru sekitar September tahun lalu.





         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: