16 March 2022

TAK LAYAK MUNCUL STESEN TV - AWAL ASHAARI MOHON HENTI BERI PUBLISITI DEKAT KAK LONG 7E



"Setiap detik masa siaran yang anda berikan kepada orang seperti ini adalah publisiti untuk mereka. Mereka dahagakan populariti. Jerit jerit, keji, kutuk, mengamuk macam orang gila.


"Merendahkan orang dalam media sosial alih-alih dapat jemputan masuk televisyen," tulis pelakon dan pengacara, Awal Ashaari yang juga turut menyuarakan pendapatnya mengenai isu Kak Long 7E dijemput sebagai tetamu untuk program Trending di stesen TV AlHijrah.

Dalam pada itu, Awal tidak dapat membayangkan selepas ini video viral apa pula yang akan muncul demi untuk dijemput ke rancangan televisyen. Awal turut menyeru supaya berhenti buatkan orang seperti ini menjadi terkenal dan tempat mereka hanya di aplikasi TikTok.

"Bayangkan 'sick video' bagaimana yang akan muncul selepas ini semata-mata untuk dijemput ke rancangan TV, lepas tu jadi instafamous.

Klik untuk gambar besar



"Berhenti buat orang seperti ini terkenal. Mereka tidak layak bercerita di nasional televisyen. TikTok adalah tempat di mana dia patut berada," katanya lagi.

Sebelum TV AlHijrah dikecam teruk selepas menjemput Kak Long 7E. Perkara tersebut menimbulkan rasa kurang senang netizen dan ketika hangat diperkatakan.

Menerusi satu perkongsian di Insta Story, Awal berkata tindakan menjemput ke stesen televisyen membuka jalan untuk individu itu meraih publisiti.

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: