16 March 2022

"ALLAH BUKAKAN HATI DIA" - ANITA BAHAROM LUAH SYUKUR ANAK LELAKI SAMBUNG BELAJAR DI PUSAT TAHFIZ



"Yang.. @ismadiismail Dadar @dhiaiskandar_ofc saya dah masukkan ke Tahfiz atas kemahuan dan persetujuan Dadar juga. Alhamdulillah MasyaAllah. Allah bukakan hati dia. Alhamdulillah.


"Semoga Dadar diterangkan hati dalam menghafal kalam Allah terus tersemat di jiwa sanubari," tutur pelakon, Anita Baharom yang meluahkan rasa syukur selepas anak lelakinya yang juga pelakon cilik, Mohamad Dhia Iskandar bersetuju untuk melanjutkan pelajarannya di pusat tahfiz.

Menurut Anita, keputusan tersebut sebenarnya telah dibuat atas kerelaan hati anaknya itu sendiri. Katanya lagi, Allahyarham suaminya juga pasti akan turut gembira dengan perkhabaran ini.

Klik untuk gambar besar



Dalam pada itu, pelakon drama 'Tetuan Ang Dan Rahimi' ini turut berharap agar segala proses pembelajaran anaknya akan sentiasa dipermudahkan sepanjang berada di pusat tahfiz tersebut.

Dikesempatan itu juga, Anita turut memanjatkan doa semoga Allahyarham suaminya itu akan sentiasa tenang di alam sana.

"Baik adabnya, baik kelakuan, anak soleh mummy daddy penenang, pengejuk dan dapat memberi syafaat buat mummy daddy di akhirat kelak.. ameen ya mujib. Semoga awak tenang dan happy di sana yangg. Rumah sunyi tinggal bertiga huhuhu," kongsinya lagi.



Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen turut tumpang gembira selain turut mendoakan semoga Dhia akan sentiasa menjadi anak yang soleh.

Untuk makluman, suami kepada Anita yang juga merupakan pengarah, Ismadi Ismail, 50, telah meninggal dunia pada 1 Januari lalu.

Anita dan arwah Ismadi mendirikan rumah tangga sejak 16 tahun lalu dan dikurniakan tiga cahaya mata, Syifa Dhia Nurina, Mohamad Dhia Iskandar dan Mohamad Dhia Mikail.

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: