Lepas satu, satu kontroversi yang terpalit pada Kak Long 7E . Selepas isu bantahan dan kritikan ramai kerana dijemput menjadi tetamu sebuah stesen TV, timbul pula isu terbaru iaitu video menghina OKU di mana Kak Long didakwa melakonkan gaya tempang macam orang cacat.
Akibatnya, video tersebut mengundang kemarahan ramai warganet yang mendakwa Kak Long 7E, seolah menghina golongan OKU serta mendesaknya untuk membuat permohonan maaf.
"Kaklong tak ada ejek OKU.
"Kaklong tau satu Malaysia benci Kaklong. Jadi setiap apa yang Kaklong buat, semuanya nampak salah. Kaklong faham, setiap apa yang Kaklong tulis, akan menjadi perhatian orang. Live Kaklong orang masuk, orang kecam, orang tunggu kita silap kat mana, orang akan kecam. Orang akan manipulasi supaya Kaklong nampak salah selamanya.
"Kaklong tiada niat lukakan hati OKU. Kaklong faham kesusahan hidup sebagai OKU, yang banyak bersabar, dalam meniti usia. Ujian orang OKU pada diri mereka dan famili mereka cukup besar. Kaklong doakan semoga hidup mereka dipermudahkan.
Klik untuk gambar besar
"Kaklong plan untuk kurangkan aktiviti di Media Sosial ni. Terlalu ramai orang negative. Terlalu ramai tunggu masa nak hentam kaklong," dakwanya.
"Kaklong nak berehat seketika. Korang, Kaklong doakan semoga sihat- sihat selalu.
"Lupakanlah Kaklong. Kita bukan siapa- siapa.
"Salam Sayang," ujarnya lagi dipetik melalui status terkini di Facebook.
________________________
No comments:
Post a Comment