14 March 2022

ORANG PANGGIL SYAMEL 'LEMBUT' - INI RESPON ERNIE ZAKRI



Ada seorang pengguna Twitter telah memuat naik status yang menjadi perhatian apabila memuji nyanyian Syamel walaupun dikatakannya ada 'nonok vibes'.


Kenyataan tersebut adalah selepas Syamel bersama Ayie Elham dan Tomok bergabung menyampaikan lagu-lagu yang pernah dipopularkan kumpulan KRU pada konsert suku akhir Big Stage.

Dalam pada itu, ada netizen membalas dengan memberikan komen mengenai Anugerah Juara Lagu (AJL36) yang berlangsung Ahad yang lepas.

Klik untuk gambar besar



Membalas ciapan tersebut, Ernie berkata dia okay sahaja dengan komen berkenaan serta menjelaskan suaminya seorang lelaki yang lembut dan budiman.

Sementara itu, rata-rata netizen tampil mempertahankan Syamel serta menjelaskan bahawa dia tidak lembut seperti yang disangka.

Untuk makluman, Syamel dan Ernie mendirikan rumah tangga pada 26 Mac 2021 di Masjid Puncak Alam, Selangor. Pasngan itu dikurniakan seorang cahaya mata perempuan pada 22 Februari yang lalu.



         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: