14 March 2022

DIDAKWA SUDAH BERKAHWIN - RUHAINIES MENANTI WAKTU SESUAI BERI KENYATAAN



Baru-baru ini, timbul desas-desus mengatakan pelakon Ruhainies sudah berkahwin dengan jejaka pilihannya. Ruhainies atau nama sebenarnya Nur Ruhainies Farehah Zainul Ilyas, 30, ketika dihubungi berkata, dia juga menantikan waktu yang sesuai untuk mendedahkan dan menjawab persoalan itu.


"Dalam bulan ini juga, Insya-Allah, saya akan ceritakan semuanya. Apa yang boleh dikatakan, perkara baik dan menggembirakan tentunya saya akan kongsikan dengan semua. Tapi, belum masanya lagi. Insya-Allah, dalam bulan ini juga," ujarnya yang dipetik sebagai berkata kepada Harian Metro.

Ruhainies sebelum ini ketika ditanya mengenai kriteria calon suaminya berkongsi dia tidak terlalu cerewet, namun cukup sekiranya ia menepati kriteria lelaki idamannya.

"Apa yang penting, dia adalah lelaki yang baik dan menepati kriteria untuk menjadi suami yang baik buat saya," katanya.

Terbaharu, Ruhainies baru sahaja selesai menjalani penggambaran drama bersiri 'Sayang Tak Dikenang' yang kini sedang ditayangkan di slot Akasia TV3.

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: