Nama penyanyi Baby Shima sebelum ini hangat diperkatakan apabila sering terkait dengan pelbagai kontroversi. Ada sahaja isu baru yang menjadi perhatian ramai.
Terkini, Shima atau nama sebenarnya Nor Ashima Ramli, 27, muncul dengan jamu keluarannya sendiri, namun produk tersebut telah didakwa arak oleh segelintir netizen.
Shima ketika dihubungi berkata, dia kesal apabila sering menjadi mangsa netizen sehinggga ada yang menuduhnya bernianga menggunakan wang haram.
"Lebih menyedihkan apabila ada yang kata saya berniaga menggunakan wang haram. Penat saya kumpul duit, tetapi mereka kata duit haram," katanya sebak.
Klik untuk gambar besar
Tambah Shima lagi dia turut menerima ugutan supaya berhenti menjual jamu: "Macam-macam ugutan saya terima termasuk menggelar saya perempuan murahan hanya kerana tak puas hati.
"Entahlah... Kalau hendak difikirkan saya terluka dan sedih tetapi saya macam dah biasa, dah lali. Tetapi saya juga manusia biasa ada hati dan perasaan," ujarnya.
Beberapa hari lalu Shima memuat naik beberapa hantaran di Instagram Story (IG Story) memaparkan komenetizen yang mengutuk jamu Susuq Dara. Antara komen yang diterima Shima termasuk yang membandingkan botol jamunya dengan minuman keras.
________________________

No comments:
Post a Comment