15 March 2022

DIKECAM TERUK JEMPUT KAK LONG 7E SEBAGAI TETAMU - TV ALHIJRAH TANGGUH SIARAN



Semua sedia mengetahui mengenai video tular seorang wanita dikenali sebagai Kak Long yang sedang mengamuk di sebuah kedai serbaneka 7Evelen yang sehingga kini masih lagi menjadi bualan netizen.


Meskipun sudah membuat permohonan maaf namun netizen memperkatakan mengenai kesilapannya itu. Lebih menimbulkan kemarahan netizen apabila tular video wanita itu dipanggil untuk membuat review makanan.

Terbaru, stesen TV Alhijrah dikecam teruk apabila memanggil Kak Long 7E itu sebagai tetamu khas untuk sebuah program. Difahamkan, perkara itu dikongsikan oleh pendakwah bebas PU Amin di Facebook miliknya. Bagaimanapun posting itu telah dipadam selepas menerima banyak kecaman.

Namun begitu, perkongsian itu sempat di screenshot oleh netizen dan menjadi bualan ramai di media sosial yang mempersoalkan tindakan pihak produksi menjemput Kak Long atau nama sebenarnya Wan Nor Baizura sebagai tetamu jemputan.

Klik untuk gambar besar



Turut tular di laman Twitter perkongsian seorang peguam dikenali sebagai Muhammad Syarafi yang mempersoalkan adakah stesen TV berkenaan kekurangan konten untuk berkongsikan perkara yang lebih berilmiah.

Malah, peguam itu bertanyakan adakah stesen TV tersebut mahu mengikut jejak langkah program Melodi dengan menjemput Kak Long 7E.

Perkongsiannya itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang berpendapat tindakan TV Alhijrah itu hanya untuk meraih rating apabila melakukan publisiti murahan.



Tidak kurang juga, ramai yang tertanya-tanya mengapa orang biadap sering mendapat perhatian. Malah, ada yang mengatakan inilah masalah di Malaysia dan disebabkan ini juga industri penyiaran tidak akan maju.

Sementara itu, sebentar tadi, pihak TV Alhijrah telah pun mengeluarkan kenyataan media mengenai isu tersebut serta mengambil keputusan untuk menangguhkan penyiaran episod tersebut.

Dalam satu kenyataan rasmi yang dikeluarkan, pihak stesen televisyen berkenaan memberitahu program tersebut turut menampilkan penceramah iaitu Ustazah Isfadiah Mohd Dasuki sebagai tetamu yang bertujuan memberi nasihat kepada Kak Long 7E.



"Program Trending merupakan sebuah program perkongsian yang membincangkan isu-isu terkini yang tular di media sosial.

"Kehadiran Kak Long 7E di studio juga disertai oleh Ustazah Isfadiah sebagai penalis yang mengambil peranan memberi teguran agar lebih peka dan bertanggungjawab sebelum berkongsi apa sahaja isu di mana-mana platform khususnya di media sosial.

"TV Alhijrah juga mengambil kira kegelisahan yang tercetus dan mengambil keputusan untuk menangguhkan penyiaran episod tersebut," jelasnya.






         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: