23 March 2022

PU SYED TEGUR VIDA: "TAK BOLEH JADI ROBIN HOOD... LAKUKAN KEBAIKAN, DALAM MASA SAMA LAKUKAN KEMAKSIATAN"



"Tak boleh jadi sifat Robin Hood dan sebagainya. Kerana mahu melakukan kebaikan kepada Allah, namun dalam masa sama melakukan kemaksiatan kepada Allah. Tak boleh lakukan perkara maksiat, namun di hujungnya kita katakan demi mendapatkan reda Allah," ujar pendakwah bebas PU Syed atau nama penuhnya Syed Mohd Bakri Syed Ishak, 40.


Jelas PU Syed, kenyataan jutawan kosmetik, Datuk Seri Vida bahawa penghasilan video muzik (MV) terbaharunya berjudul 'Ku Ikhlaskan' adalah sebagai usahanya menyiapkan pusat tahfiz miliknya iaitu Pusat Tahfiz & Syahadah Al Zikri Wa Zuhdie di Meru, Ipoh, Perak adalah salah.

Tindakan Datuk Seri Vida atau nama sebenarnya Hasmiza Othman menyeru agar orang ramai menonton MV 'Ku Ikhlaskan' bagi mengumpul saham akhirat telah mengundang rasa kurang senang ramai.

Klik untuk gambar besar



"Lagu dan MV ini sebagai saham akhirat saya dalam menyiapkan pusat tahfiz selain ingin menyalurkan sumbangan kepada golongan yang memerlukan.

"Ditambah pula kita tidak lama lagi bakal menyambut Ramadan, jadi saya kira ini peluang untuk kita menambah dan mendapatkan pahala berganda sekali gus diberkati Allah SWT," kata Vida sebelum ini.









         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: