23 March 2022

LEPAS ZUL ARIFFIN - KINI GILIRAN ERMA FATIMA PULA HADIR KE SKMM



Pelakon Zul Ariffin sebelum ini memaklumkan dia sudah selesai memberikan kerjasama sepenuhnya selepas dipanggil ke ibu pejabat Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), Cyberjaya, untuk membantu siasatan berhubung isu babak panas dalam drama 'Perempuan Itu'.


Terkini, giliran penerbit drama tersebut pula iaitu Erma Fatima dilihat hadir ke ibu pejabat SKMM, pagi hari ini dipercayai untuk memberi kenyataan berhubung isu video babak 'panas' dalam drama itu yang tular.

Menurut sumber, Erma hadir bersama beberapa individu dan berada di situ, kira-kira jam 10 pagi, hari ini. T

Pagi semalam, Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa menerusi akaun Twitter berkata, Zul yang akan disiasat di bawah Seksyen 233, Akta Komunikasi dan Multimedia (KMM) 1998 berhubung perkara itu.

Klik untuk gambar besar


         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: