23 March 2022

TIGA LAGI ANAK POSITIF C0V1D TERMASUK BABY - ALMY NADIA MOHON DOA



"Selepas saya disahkan positif, semua anak menjalani ujian PCR dan hasilnya positif semalam kecuali suami sebab dia baru juga dijangkiti tiga minggu lalu. Saya mohon doa daripada semua agar kami cepat sembuh.


"Sekarang saya sudah boleh keluar bilik dan masak untuk anak-anak serta kemas rumah sebab semuanya positif," demikianlah kata pelakon Datin Almy Nadia yang memaklumkan tiga lagi anak perempuannya, Nur Afrina Aurora, 6, serta Nur Afrina Ayra, 4, termasuk bayi, Nur Afrina Aisyah berusia 3 bulan yang disahkan positif C0V1D selepas dia dan anak sulungnya, Nur Afrina Arianna, 7, dijangkiti wabak itu, kelmarin.

Almy, 36, yang berkongsi berita tersebut menerusi hantaran di laman Instagram itu berkata, hanya suaminya yang juga pelakon, Datuk Fizz Fairuz bebas wabak itu selepas positif tiga minggu lalu.

Klik untuk gambar besar



Dalam entri yang lain pula, Almy meluahkan rasa syukur apabila anak-anaknya kini dalam keadaan baik: "Syukur Alhamdulillah, hari ini lebih baik dari semalam. Masih ada saki baki virus C0V1D ini tapi kami semua kuat.

"Terima kasih semua doakan kami sekeluarga. Hanya Allah dapat membalas jasa baik semua. Alhamdulillah hari ini saya dapat uruskan semua anak macam biasa. Hari ini hari ketiga saya kuarantin," tuturnya.








         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: