26 March 2022

"ROGOL TIME" - ERRY PUTRA KENA KECAM, KONGSI FOTO DENGAN KAPSYEN MENGUNDANG



Selepas isu babak panas melibatkan pelakon Zul Ariffin bersama pelakon baharu, Siti Hariesa dalam drama 'Perempuan Itu' yang sebelum ini hangat diperkatakan, terkini pelakon Erry Putra pula menerima kecaman dek kerana berkongsikan gambar bersama seorang pelakon wanita dengan kapsyen "Rogol time" berserta beberapa emoji.


Sejak petang semalam, nama Erry Putra tiba-tiba saja hangat diperkatakan di laman Twitter selepas seorang pengguna Twitter memuat naik paparan skin hantaran Erry Putra. Pengguna Twitter turut mempersoalkan tindakan pelakon itu yang disifatkan lawak rogol.

Perkongsian tersebut mendapat pelbagai reaksi oleh warga Twitter yang beranggapan tindakan pelakon itu sangat biadap. Tidak kurang juga, ada yang mengaitkan tindakan Erry Putra itu seolah mengikut jejak langkah Zul Ariffin yang memuat naik hantaran sebegitu untuk mempromosikan drama berkenaan.

Dalam pada itu, ada yang meluahkan rasa jijik dengan kapsyen berkenaan serta berpendapat tindakan pelakon itu sangat melampau. Bagaimanapun, difahamkan gambar tersebut sudah pun tiada, malah akaun media sosial pelakon itu juga ditetapkan dalam mood peribadi.

Klik untuk gambar besar






         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: