26 March 2022

DEPRESI KENA BOIKOT, DIMARAHI TAK BAGI BERNIAGA - KAK LONG MENANGIS MINTA MAAF, TAKKAN ULANGI LAGI



"Maafkan Kak Long, jangan boikot Kak Long. Kak Long ada anak kecil, nak tanggung anak sekolah, nak kena bayar yuran. Nak kena belajar hari-hari cari duit makan. Suami saya tak boleh bekerja dah sebab tak sihat, dia ada di hospital. Minta maaf semua. Saya pernah terfikir (nak terjun) sebab saya pernah duduk di hotel tinggi. Kalau saya tak ada anak...



"Tapi Kak Long tak marah netizen semua, Kak Long tahu itu kesilapan Kak Long dan nak berkawan dengan semua. Bagi Kak Long peluang biar boleh ubah hidup Kak Long. Saya akan ajar anak lebih baik. Lepas berlaku benda ni, mereka nampak saya nangis, mereka janji nak buat perangai molek.

"Tolong bagi peluang keluarga Kak Long. Saya buat permohonan maaf walau saya silap atau tak buat silap. Ini melibatkan maruah keluarga saya. Walaupun saya dibesarkan di pasar malam, tak semua orang pasar malam perangai macam saya. Dalam ramai-ramai tu saya seorang je. Kesilapan tu dari saya je. Saya nak minta tolong bagi peluang kepada saya.

"Nak pergi mana-mana semua orang pandang buruk! Saya janji demi Allah saya takkan buat walau saya salah atau betul saya takkan ulangi lagi. Takkan marah, maki hamun orang atau panggil kata-kata buruk," kata Kak Long dalam sesi siaran langsung di TikTok @sagittarius_women dimana dia tampil membuat permohonan maaf sekali lagi selepas akaun media sosialnya dinyahaktif.

Klik untuk gambar besar



Tidak menyimpan dendam dengan netizen, tutur Kak Long lagi, dia mahu diberikan peluang dan kemaafan. Dalam sesi siaran langsung itu, Kak Long tampil bersama seorang jejaka dan wanita yang turut menjelaskan situasi sebenar dirinya ketika ini.

"Ini orang Islam dan saya bukan sesiapa. Takkan korang nak dia terjun bangunan baru puas hati? Ini buli siber, tolong berhenti. Saya kasihan dia tak boleh nak cari makan, tak boleh berniaga, tak boleh buat reviu.

"Dia pergi pasar malam orang marah-marah tak bagi berniaga. Empat hari ni dia sampai dah kering air mata, setiap kali cerita dia menangis. Kak Long sampai depresi, sampai makan ubat. Kita dah cakap, Kak Long ni bagus. Stop jadi batu api. Saya minta semua berhenti," rayunya.










         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: