01 March 2022

ROSLAN SHAH AKUI MALU, TAK TAHU VIDEO DIRINYA REBAH TULAR



"Malu. Saya tak tahu benda itu tular," demikianlah kata penyanyi dan pengacara, Roslan Shah yang mengakui dia tidak tahu menahu jika video yang memaparkan dirinya rebah pada program Wanita Hari Ini (WHI) itu menjadi tular di media sosial.


Roslan yang ditahan di Hospital Sungai Buloh selepas rebah ketika muncul pada program Wanita Hari Ini (WHI), semalam itu ketika dihubungi berkata, dia mengalami tekanan darah tinggi mencecah lebih 220:

"Tekanan darah memang tinggi. Sekarang saya ditahan di wad dan tak tahu berapa hari perlu berada di sini. Kalau tekanan darah menurun, saya nak minta untuk pulang dan berehat di rumah di Taman Kosas, Ampang," jelasnya.

Terdahulu, Roslan rebah ketika ditemu bual oleh pengacarah WHI, Fatin Hamimah dan Hawa Rizwana sekali gus menimbulkan kekecohan dalam program yang disiarkan secara langsung di TV3 itu. Roslan kemudiannya dikejarkan ke hospital untuk rawatan dan pemeriksaan lanjut.

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: