28 February 2022

SHERRY ALHADAD, ARIL SEKELUARGA, FITRI HARIS, AISHAH AZMAN & ELIZABETH TAN JUGA POSITIF C0V1D



Nampaknya semakin ramai artis kita yang disahkan positif C0V1D dan kali ini Sherry Alhadad, Aril Pilus sekeluarga, Fitri Haris, Aishah Azman dan juga Elizabeth Tan.


Pengacara Sherry Alhadad mengesahkan ketiadaannya pada program Big Stage 2022 semalam adalah kerana dia positif wabak tersebut. Menerusi hantaran di laman Instagram, Sherry memuatnaik gambar keputusan kit ujian kendiri C0V1D yang menunjukkan dia dijangkiti wabak itu.

"Terima kasih atas doa kalian semua. Semoga semuanya dipermudahkan dan semoga kita semua sentiasa di bawah lindungan Allah SWT. Insya-Allah kita jumpa minggu depan di konsert Big Stage," tulisnya.

Sherry turut mengucapkan terima kasih terhadap penyanyi, pelakon dan pengacara Elly Mazlein atau lebih mesra disapa sebagai Kak Lina Pom Pom yang menggantikan tempatnya semalam dan menyifatkan gandingannya bersama Alif Satar hebat.

Klik untuk gambar besar



Bagi penyanyi dan pengacara Aril Pilus pula, dia bersama isteri, Puteri Erma Edlinda Megat Aminuddin dan anak mereka, Tun Adriel Mikael telah disahkan positif C0V1D. Aril berkongsi perkara tersebut menerusi hantaran di Instagram dengan memuat naik gambar kit ujian kendiri C0V1D berserta tarikh dia, isteri dan anaknya disahkan dijangkiti wabak itu.

"Maafkan kami, saya tewas 23 Februari, isteri saya tewas 28 Februari dan anak saya tewas 26 Februari. Ya, C0V1D itu benar dan kami sudah melaluinya. Dengan rendah hati, kami sekeluarga memohon anda semua mendoakan kesihatan keluarga kami dan semoga anda semua sentiasa dalam lindungan Allah SWT. Semoga kita semua terhindar dari segala penyakit merbahaya. Amin," tutur Aril.

Sementara itu, penyanyi nasyid Fitri Haris memohon kepada semua pihak yang berurusan dengannya agar menjalani ujian saringan C0V1D, selepas dia disahkan positif wabak berkenaan.



"Dukacita diumumkan, saya kini positif C0V1D. Saya pohon kepada sesiapa yang bertemu dengan saya sekiranya mempunyai gejala mohon buat ujian saringan. Saya minta maaf atas ujian ini," kata Fitri menerusi perkongsian dalam Instagram (IG), hari ini.

Tidak ketinggalan, pelakon Aishah Azman atau nama penuhnya Nor Aishah Afika Azman Shah, turut berkongsi keadaan yang mengalami batuk dan selsema sejak Sabtu sehingga menerima keputusan positif C0V1D pada Ahad.

Menjalani kuarantin kendiri di bilik, Aishah bersyukur dia tidak mengalami gejala yang teruk seperti demam. Bagaimanapun, pelakon berusia 25 tahun ini mengakui dia berasa bimbang dengan keadaan ibunya yang berdepan dengan pelbagai masalah kesihatan.



"Saya mula batuk dan selsema sejak Sabtu dan terus buat ujian calitan. Saya disahkan positif C0V1D sehari selepas itu. Alhamdulillah, tak ada demam atau simptom yang teruk dan harap dijauhkan la. Alhamdulillah, semua ahli keluarga tidak dijangkiti virus itu.

"Sebenarnya saya paling risau ibu sebab kami selalu tidur sama-sama. Ibu pula ada banyak penyakit antaranya diabetes, jantung, asma dan darah tinggi. Tapi buat masa sekarang, ibu dan ahli keluarga lain tak ada apa-apa. Saya pun kuarantin seorang diri dalam bilik," ujarnya.

Selain itu, penyanyi lagu 'knock-Knock' iaitu Elizebeth Tan atau lebih mesra dipanggil Lizzy ini menerusi Instagram Story miliknya memberitahu dia dijangkiti virus berkenaan pada Isnin: "Guys, can't run from C0RON@ (Tak dapat lari daripada C0R0N@V1RUS)" tulisnya.









         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: