28 February 2022

NETIZEN NAMPAK 'BABY BUMP', FASHA SANDHA BAGI EMOJI 'BOTOL SUSU' - ISTERI REMY ISHAK HAMIL?



"Comelnya. Macam penampakan baby bump." - "Akak mengandung ke? kita doakan agar menjadi kenyataan," itulah antara komen beberapa netizen yang rata-ratanya mengharapkan berita baik tentang cahaya mata pertama Remy Ishak apabila ternampak perubahan perut isteri pelakon itu, Ezza Yusof seakan-akan 'baby bump'.


Baru-baru ini, perkongsian isteri Remy yang memuat naik video dan foto OOTD (outfit of the day) menggayakan dress berwarna merah jambu itu menjadi perhatian ramai. Meskipun tiada pengesahan daripada Ezza mahupun Remy mengenai spekulasi itu, namun ramai netizen mengucapkan tahniah.

Lebih menguatkan lagi spekulasi, pelakon Fasha Sandha dilihat ada meninggalkan komen seolah memberi bayangan Ezza kini sedang berbadan dua apabila mengatakan beg tangan yang digayakan isteri Remy itu seperti memberi petanda baik.

"Yeay, dah guna beg saiz besar. Petanda baik itu. Nak kena isi macam-maca nanti. (emoji botol susu)," komen Fasha atau nama penuhnya Nur Fasha Sandha Hassan.

Klik untuk gambar besar



Usahawan jenama kasut 2morow itu turut meletakkan had untuk meninggalkan komen di laman Instagram miliknya.

Menerusi laporan mStar sebelum ini, Remy mengakui dia sudah mula berfikir soal cahaya mata selepas lima bulan mendirikan rumah tangga. Namun Remy berkata, dia dan isterinya kini sibuk dengan kerjaya serta belum pernah berbincang soal zuriat.

Untuk makluman, Remy atau nama sebenarnya Mohammad Zalimei Ishak bernikah dengan ahli perniagaan Ezza atau nama sebenarnya Roszaliza Yusoff pada 21 Ogos 2021. 



         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: