28 February 2022

KARYA TERAKHIR ALLAHYARHAM MAMAT KHALID, ‘KAMPONG PISANG BERBUAH DUA KALI’, DISEMPURNAKAN ANAKNYA, AMEN KHALED



Ramai yang sedih dan rindu pada Sutradara tersohor Allahyarham Mamat Khalid telah meninggalkan sebuah legasi cukup besar buat industri penyiaran, perfileman Malaysia.


Beliau banyak menyumbang kepada corak perubahan perfileman tempatan, antaranya filem Hantu Kak Limah menjadi filem pertama negara yang menembusi kutipan pecah panggung RM30 juta, francais filem komedi No 1 tanah air ‘Kampong Pisang’ telah dikembangkan dari filem ke drama siri premium, telemovie serta filem pendek, dan lebih unik menjadi satu-satunya jenama filem tempatan yang masih menerima reaksi positif serta relevan hingga ke hari ini sejak lebih sedekad lalu.

Oleh itu, bagi meneruskan perjuangan seni dan legasi Allahyarham Mamat Khalid, kini anak keempatnya iaitu Amen Khalid menggalas tanggungjawab dengan mengarahkan hasil karya terakhir ayahnya, iaitu Kampong Pisang Berbuah Dua Kali.

Filem komedi seram kesukaan ramai terbitan Astro Shaw dan kerjasama produksi Enjit-Enjit Semut ini bakal menemui penonton di Astro First, saluran 480 bermula 3 Mac ini. Apa yang menarik, ia mengekalkan tunggak utama watak-watak penduduk Kampong Pisang, seperti Kazar Saisi (Pak Din), Bell Ngasri (Barkoba), Aziz M Osman (Pak Jabit), Mat London (Pak Karim), Dewa Sapri (Cik Purnama), Ahmad Yassin (Yassin), Rasydan Zakaria (Adan), Nizam Mok Ram (MA Mok), Joey Daud (Daud M), Yeop Hitler (Manap Sengau), Rashid Othman (Faguha Jabar), Anis Nisham (Yati).

Klik untuk gambar besar






         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: