28 February 2022

"KETENTUAN TAKDIR" - AISHAH DIJANGKITI C0V1D BUAT KALI KEDUA SELEPAS 5 BULAN PULIH



"Assalamualaikum semua. Ini baru betul-betul ketentuan takdir. Hari itu, selepas menerima suntikan dos pengg@l@k, saya diminta Presiden Aishah FC, Dr Nazlin buat ujian saringan. Hari pertama keadaan saya baik-baik sahaja. Namun, selepas membuat ujian menerusi kit ujian kendiri, saya didapati positif C0V1D untuk kali kedua.


"Saya juga buat ujian itu untuk kali kedua dan keputusannya tetap sama (sambil menunjukkan alat ujian itu yang bertanda dua garisan merah). Rasa sakit teramat dan saya betul-betul tidak larat. Simptom yang saya alami ini sama seperti simptom klasik C0V1D yang pernah saya baca sebelum ini.

"Masa mula-mula kena, saya tidak ada batuk atau hidung berair. Tetapi kali ini, keadaannya sangat teruk," luah penyanyi Datuk Aishah melalui video durasi 2.51 saat itu yang dimuat naik di laman Instagram miliknya, dimana dia mengesahkan dijangkiti C0V1D buat kali kedua, selepas lima bulan pulih daripada wabak tersebut.

Klik untuk gambar besar



Sehubungan itu, penyanyi yang baru muncul dengan single berjudul 'Ketentuan Takdir' itu meminta kepada semua pihak yang pernah bersua atau bekerja dengannya sebelum ini agar menjalani ujian saringan. Aishah atau nama sebenar Wan Aishah Wan Ariffin, menyifatkan apa yang dilalui sebagai ketentuan takdir.

"Kepada semua kru produksi yang terbabit dalam penggambaran muzik video 'Ketentuan Takdir' dan petugas di pusat pemberian dos pengg@l@k, saya harap anda semua dapat membuat pemeriksaan kerana menjadi kontak rapat saya," pinta penyanyi berusia 57 tahun ini.



Sementara itu, melalui hantaran berbeza, penyanyi bervokal nyaring ini sempat bergurau dengan pengikut biarpun dalam keadaan kesihatan yang tidak mengizinkan.

"C0V1D ini peminat lagu 'Janji Manismu' agaknya sebab asyik nak ikut saya sahaja. Tidak mengapalah, Allah nak suruh saya berehat. Dapatlah saya berehat untuk beberapa hari. Jaga diri dan saya harap anda semua dapat doakan saya dan mereka yang sedang bertarung dengan virus ini," katanya.

Meninjau ruangan komen, peminat dan rakan selebriti mendoakan agar bekas anggota kumpulan The Fan Club itu tabah dan segera sembuh. Akhir Ogos tahun lalu, Aishah dikejarkan ke Hospital Ampang selepas paras oksigen turun mendadak akibat jangkitan C0V1D.





         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: