28 February 2022

ISTERI HAQIEM RUSLI KINI BERBADAN DUA?



Pasti ramai peminat penyanyi Haqiem Rusli yang ternanti-nanti tentang berita kehamilan isterinya, Anis Sofea apabila pasangan ini sudah hampir empat bulan mendirikan rumah tangga.


Baru-baru ini, perkongsian video oleh seorang jurufoto, Aqo Imran menimbulkan tanda tanya netizen adakah isteri Haqiem kini sudah berbadan dua apabila penyanyi lagu 'Tergantung Sepi' itu mengeluarkan kenyataan dengan memberitahu 'anak coming soon'.

Difahamkan, Haqiem yang juga seorang komposer itu membuat kenyataan tersebut selepas jurufoto itu menegur Anis Sofea dilihat semakin cantik berseri-seri.

Klik untuk gambar besar



Aqo Imran berkata lagi, sekejap sahaja masa berlalu kerana baru sahaja mengambil gambar perkahwinan mereka serta mengucapkan selamat maju jaya buat pasangan itu.

Terdahulu, dalam satu temu bual bersama prgoram hiburan Haqiem berkata belum ada berita baik mengenai cahaya mata namun akan berkongsikan kepada umum jika isterinya disahkan hamil.



         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: