28 February 2022

TAMPIL DI WHI - ROSLAN SHAH TIBA-TIBA REBAH KETIKA SIARAN LANGSUNG



Dalam program Wanita Hari Ini (WHI) yang bersiaran secara langsung di studio Sri Pentas TV3, Bandar Utama, Petaling Jaya, Selangor, tengah hari, hari ini, penyanyi dan pengacara, Roslan Shah telah tampil sebagai tetamu kali ini.


Menerusi program yang membawakan topik 'Si Mulut Tempayan', Roslan yang sedang rancak berbual dengan hos iaitu Fatin Hamimah dan Hawa Rizwana kemudian tiba-tiba terbatuk-batuk sebelum jatuh dari kerusinya.

Program itu dihentikan dengan siaran iklan sementara kakitangan studio memberikan bantuan selanjutnya kepada Roslan. Kemudiannya, Roslan segera diberikan rawatan oleh doktor yang mendapati bacaan darahnya agak tinggi.

Roslan kemudian dikejarkan ke sebuah hospital berdekatan. Turut tampil dalam program terbabit ialah Pegawai Psikologi (Kaunseling) Klinik Kesihatan Kuala Lumpur, Nurul Hidayah Mat Sarip.

Klik untuk gambar besar







         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: