"Saya hanya mengikut kehendak skrip dan pengarah. Itu tugas sebagai seorang pelakon. Kalau perlu bermesra, saya akan ikut. Namun tidaklah sehingga melampaui batas," demikian jelas pelakon Ruhainies apabila kini dikaitkan pula dengan pelakon Fadlan Hazim, selepas sebelum ini pernah dikecam dek kerana terlalu mesra dengan pelakon Zul Ariffin
Ruhainies berkata, dia hanya menghidupkan watak dalam drama yang dilakonkan bersama supaya mencapai keserasian. Bagaimanapun, Ruhainies berkata, dia tahu untuk menjaga batas agar hubungan itu tidak berlebihan.
Sebelum ini, netizen mula teruja melihat Ruhainies atau nama penuhnya Nur Ruhainies Farehah Zainul Ilyas, 29, dan Fadlan yang berbalas komen manja di Instagram.
Klik untuk gambar besar
________________________

No comments:
Post a Comment