03 March 2022

KETUA IMIGRESEN MALAYSIA TEGUR LAWAK HARITH ISKANDER ISU '2 KAUNTER BUKA' DI KLIA



Berikutan klip video persembahan 'stand up' komedi mengenai perbezaan servis lapangan terbang di negara Malaysia dan Singapura, Ketua Pengarah Jabatan Imigresen Malaysia, Dato' Sri Khairul Dzaimee Daud telah tampil menegur pelawak terkenal negara, Harith Iskander.


Dalam klip video tersebut, Harith berkata, servis di lapangan terbang Singapura beroperasi dengan kapasiti yang penuh meskipun mempunyai 20 kaunter namun Malaysia hanya buka 2 kaunter sahaja walaupun mempunyai bilangan yang sama.

Sehubungan itu, Khairul Dzaimee membalas tweet Harith itu dengan menulis 'Misleading' atau bermaksud maklumat yang salah.

Klik untuk gambar besar


         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: