29 March 2022

"SELALUNYA RAMADAN ATU TAK AMBIL 'JOB'... PERLU SALING MELENGKAPI, KESIAN SUAMI" - ISTERI TAK KISAH BANTU CARI NAFKAH



Menerusi perkongsian di laman Instagram, isteri pelawak Atu Zero iaitu Shafeeqa Johari memberitahu dia tidak kisah untuk membantu keluarga mencari pendapatan pada bulan Ramadan.


Ini kerana kata Shafeeqa, pada kebiasaannya Atu tidak akan mengambil sebarang pekerjaan pada bulan puasa kerana mahu fokus beribadah.

"Selalunya Ramadan Atu tak ambil job, saya pula kerja. Buat kek untuk raya, saya cover Atu untuk dia tenang beribadah. Tetapi Ramadan sahajalah, bulan lain dia wajib kerja.

"Bukan menyokong atau membantah mana-mana pihak. Suami itu cinta kita, tak akan nanti dia tak ada duit kita halau dia dari rumah yang dia sendiri bayar kan?" tulisnya.

Shafeeqa juga berpendapat sebagai suami isteri, pasangan seharusnya membantu antara satu sama lain dan saling melengkapi. Dalam pada itu, dia juga menyatakan rasa syukur kerana dikurniakan seorang suami yang memahami dan tidak putus memberikan sokongan dalam bidang perniagaan.

Klik untuk gambar besar


"Suami isteri ini perlu saling melengkapi. Kesian suami. Kita nikah sebab cinta bukan sebab nak jadi kan dia mesin cetak duit. Kena kerja, kena beli, kena buat. Mereka pun ada kudrat mereka.

"Tak akan sampainya hati... Saya kagum dengan isteri yang kerja makan gaji, balik boleh masak lagi. Saya duduk rumah jaga anak pun tak mampu nak buat. Percayalah, dah tua nanti anak-anak mesti akan rindu masakan seorang ibu...

"Alhamdulillah, saya dapat suami mudah. Kalau tak larat nak masak kita makan luar tapi saya ini suka mencuba. Kita cuba dan cuba, kadang-kadang mendatangkan pendapatan pula untuk saya.

"Suami saya ni ibarat tikus makmal. Kalau dia kata okay, baru saya berani open order. Terima kasih banyak-banyak ya encik suami, dah lah keluar modal, kena jadi tester pula," " coretnya.

Untuk makluman, pasangan ini terkenal dengan perniagaan kek lapis yang diberi nama Kek Lapisan Ozon. Sehingga kini perniagaan mereka mendapat sambutan hangat kerana kualiti terbaik dan juga rasa kek yang sangat sedap.

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: