"Berkaitan kisah peribadi saya tidak mahu komen," itulah kata pelakon Aedy Ashraf secara ringkas yang memilih untuk 'mengunci mulut' berhubung isu tindakannya melamar aktres Amelia Henderson untuk dijadikan kekasih secara terbuka di khalayak ramai baru-baru ini mengejutkan ramai.
Baru-baru ini, nama Aedy atau nama sebenarnya Mohammad Addy Ashraf Rosmadi, 29, dan Amelia, 27, trending di media sosial apabila video aktor berkenaan melutut dan membuat lamaran untuk menjadi kekasihnya viral di TikTok. Momen itu berlaku ketika kedua-dua mereka hadir memeriahkan festival makanan yang berlangsung di Bukit Jalil.
Namun jika dilihat di media sosial, rata-rata tidak senang dengan perlakuan berkenaan kerana beranggapan ia seperti mengikut budaya barat. Tambahan pula lamaran itu hanya untuk dijadikan kekasih.
Klik untuk gambar besar
________________________

No comments:
Post a Comment