25 March 2022

SELEPAS TAMAT PENGAJIAN DI KOREA - FARAH LEE BERSYUKUR KINI BERJAYA RAIH IJAZAH MASTERS DI UK



"Alhamdulillah Maream, kita berjaya!" demikian kata selebriti media sosial, Farah Lee apabila akhirnya berjaya menggenggam Sarjana Pendidikan Kanak-Kanak di University of Leeds, United Kingdom, Selasa lalu.


Menurut Farah atau nama sebenarnya Nurfarahin Romli, 30, dia sepatutnya menggenggam sarjana tersebut pada Julai 2020 namun terpaksa ditangguh gara-gara pandemik.

Menerusi laman sosial Instagram, Farah berkongsi momen-momen istimewa bersama nukilan khas bersempena hari bahagia tersebut untuk tatapan umum.

"Pada 11/9/2018, seorang ibu tunggal bersama anak berusia 4 tahun berhijrah ke sebuah negara asing, meninggal semua yang mengenali mereka, gaya hidup yang selesa untuk menimba ilmu.

Klik untuk gambar besar



"Hari ini: dunia baru, wajah baru, kehidupan baru. Hari ini 22/3/2022, memori, keringat, tangisan, kesakitan, senyuman, ketawa dan kasih sayang, semuanya menjadikan hari ini indah. Akhirnya saya bergelar graduan Masters," tulis Farah di ruangan kapsyen.

Dalam pada itu juga, bekas isteri kepada pengacara Ally Iskandar itu mengakui, kejayaan tersebut bukan satu perjalanan yang mudah untuk dilalui bersama anak perempuannya, Maream Esabel, apatah lagi menjalani kehidupan di negara asing.

Malah, dia menyifatkan anaknya yang bakal memasuki usia lapan tahun Ogos depan itu sebagai seorang yang penyabar dan sentiasa menyokong ibunya dalam usaha menuntut ilmu sehingga tamat pengajian.

"Alhamdulillah Maream, kita berjaya lakukannya! Terima kasih atas kesabaran dan sokongan kamu sejak hari pertama kita berada di sini. Ketika itu, kamu masih kecil tetapi sangat memahami, suka membantu dan tabah.



"Saya tahu, ia bukan perkara mudah bagi kamu. Kamu sangat gembira dan menunggu hari graduasi saya. "Omma, hari ini hari awak" dan kejayaan ini adalah untuk kamu Maream," jelasnya.

Lebih istimewanya lagi, bagi majlis konvokensyen Masters ini, Farah mengenakan batik sarung yang sama semasa majlis graduasi kejuruteraan mekanikal di universiti Korea Selatan pada tahun 2013.

Di ruangan komen, ia dihujani dengan pelbagai ucapan tahniah, inspirasi, kata-kata pujian dan semangat untuk Farah terus cemerlang dalam bidang pendidikan yang diceburinya.

Untuk makluman, Farah pernah mendirikan rumah tangga bersama Ally pada 20 Januari 2012 sebelum mengambil keputusan untuk berpisah pada 17 Ogos 2016. Hasil perkongsian hidup, mereka dikurnaiakan seorang anak perempuan diberi nama Maream Esabel yang dilahirkan 7 Ogos 2014.




























         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: