15 March 2022

SITI NORDIANA BERSAMA ANAK BUJANGNYA TUNAI UMRAH



"Bismillahirrahmanirrahim… Insya-Allah Nana dan Rayyan akan (semalam) berangkat mengerjakan umrah. Doakan kami mendapat umrah yg mabrur dan dipermudahkan segalanya... Ampun maaf jika ada salah & silap dari kami," kata penyanyi dan pelakon Siti Nordiana yang berangkat ke Tanah Suci semalam bagi menunaikan ibadah Umrah.


Dikesempatan itu, Nana sempat memohon agar semua mendoakan urusan ibadahnya dipermudahkan. Siti Nordiana yang mesra dengan panggilan Nana itu tidak keseorangan apabila ditemani satu-satunya anaknya, Rayyan Nakhai.

Nana berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram miliknya. Menerusi entri berkenaan dia memuat naik fotonya yang dilihat berada di lapanagan terbang.

Untuk makluman, ini bukan pertama kali Nana mengerjakan umrah dan kali terakhir pada tahun 2017.

Klik untuk gambar besar







         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: