15 March 2022

NETIZEN ANGGAP TINDAKAN PU AMIN TIDAK WAJAR - DR USTAZ ROZAIMI RAMLE TAMPIL TEGUR



Segelintir netizen menganggap tindakan Pencetus Ummah (PU) Amin selaku pengacara mempromosi Kak Long atau nama sebenarnya Wan Nor Baizura sebagai tidak wajar.


"PU Amin ini selalu tegur orang kalau buat salah, akhirnya dia yang promote Kak Long 7E tu." - "Gilalah, kakak yang maki pekerja 7E tu dijemput masuk televisyen. Parah benda macam ini diangkat.

"Yang kena maki hamun itulah patut dijemput kerana tinggi adab mereka. Bukan wanita yang tidak beradab dijemput." - "Bukan ke PU Amin seorang yang lantang bersuara, takkan benda macam ini tak boleh fikir," antara komen-komen netizen Twitter.

Malah, pendakwah dan pensyarah Dr Ustaz Rozaimi Ramle menerusi Facebooknya turut membuat teguran terbuka kepada stesen televisyen Al Hijrah yang sepatutnya memberi peluang kepada individu berakhlak baik.

Klik untuk gambar besar



"Kecewa dengan TV AlHijrah dengan jemputan mereka. Sepatutnya panggil pihak yang diprovokasi kerana akhlak mereka yang baik. Sekadar meluahkan perasaan," tulisnya.

Bagaimanapun, PU Amin atau nama sebenarnya Mohamad Amirul Amin Maulana Lokman Hakim, 31, telah memadam status mempromosikan rancangan tersebut di platform media sosial miliknya selepas beberapa jam dimuat naik.

Pada 2 Mac lalu, Kak Long 7E menjadi tular kerana memarahi seorang pekerja kedai 7 Eleven akibat tidak berpuas hati anaknya dituduh mencuri.

Dia sengaja merakam kejadian tersebut secara live menerusi laman TikTok miliknya. Dia kemuadian tampil membuat permohonan maaf secara terbuka selepas menerima kecaman daripada netizen.

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: