01 March 2022

"TAK PAYAH BUAT BETUL-BETUL... INGATKAN DAH TAK PSIKO" - MONA ALLEN MENGADU SAKIT DICEKIK IQRAM DINZLY KETIKA BERLAKON



"Bila orang suruh berlakon, berlakon je lah. Tak payah buat betul-betul. Method sangat. Lepas ini jangan harap nak ada babak bersama. Kau punya meroyan sama macam dalam live. Ingatkan dah tak psiko, rupanya memang sejak azali. Bukan sekali dua babak dia cekik saya. Setiap kali mesti sakit.


"Dah cakap elok-elok tak mahu dengar," tulis pelakon Mona Allen yang meluahkan rasa marah apabila dicekik terlalu kuat oleh rakan gandingannya, Iqram Dinzly, dalam melakonkan satu babak aksi.

Mona menerusi Instagram berkata, Iqram tetap mengulangi perbuatannya itu walaupun sudah beberapa kali ditegur. Terdahulu, adegan Iqram mencekik Mona menerusi drama 'Hati Yang Dikhianati' itu turut dikongsikan pelakon Mia Nasir menerusi Instagram.

Klik untuk gambar besar



Sementara itu, Iqram atau nama sebenarnya Muhammad Iqram Dinzly Muhammad Saipuddin, 41, yang dihubungi enggan mengulas lanjut demi menghabiskan penggambaran secepat mungkin. Dia hanya mahu mengambil sikap profesional dalam menjalankan kerjaya sebagai seorang pelakon.

"Saya tak mahu komen dulu hal ni sebab tinggal beberapa babak sahaja. Risau nanti keruhkan keadaan,” ujarnya kepada mStar.

Untuk makluman, drama 'Hati Yang Dikhianati' yang ditayangkan di saluran Astro Prima ini sudah mula menemui penonton sejak April tahun lalu.

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: