23 April 2022

1 HINGGA 5 OGOS - PERBICARAAN KES USTAZ EBIT LEW TERHADAP MEMBUAT HANTARAN GAMBAR & PEKATAAN LUCAH



Perbicaraan kes pendakwah terkenal Ustaz Ebit Lew atau nama penuhnya Ebit Irawan Ibrahim Lew telah ditetapkan 1 hingga 5 Ogos depan oleh Mahkamah Majistret hari ini.


Memetik laporan Utusan Borneo, Majistret Nur Asyraf Zolhani turut membenarkan permohonan bagi menjalankan 11 pertuduhan itu secara bersama.

Ebit, 37, didakwa atas 11 pertuduhan membuat hantaran gambar dan perkataan lucah bermaksud mengaibkan kehormatan mangsa melalui aplikasi WhatsApp antara Mac hingga Jun 2021.

Pertuduhan itu dibuat mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga lima tahun dengan denda, atau kedua-duanya sekali.

Terdahulu, pendakwaan mengemukakan permohonan bagi menjalankan perbicaraan 11 pertuduhan itu bersama kerana bukti dan saksi bagi kesemua pertuduhan saling berkaitan.

Peguam mewakili Ebit, Ram Singh tidak mengemukakan sebarang bantahan kepada permohonan itu selagi ia membabitkan seorang pengadu.

Pengarah Pendakwaan Negeri, Muhammad Ilmami Ahmad dan Timbalan Pendakwa Raya Azreen Yas Mohammad Ramli mewakili pihak pendakwaan.

Ebit turut diwakili Peguam Kamaruddin Mohmad Chinki dan Timothy Daud.

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: