20 April 2022

ABANG QU DEDAH TIADA SURAT TAWARAN KERJA, HANYA BERLAKON SEBAGAI PA VIDA



Umum sedia mengetahui mengenai pembantu peribadi Datuk Seri Vida yang dikenali sebagai Abang Qu selepas jutawan kosmetik itu secara rasmi mengumumkan hal tersebut pada Februari lalu.


Malah, Vida juga memaklumkan menawarkan gaji sebanyak RM10,000 sebulan. Bagaimanapun, hangat diperkatakan apabila Abang Qu mendedahkan dia hanya berlakon menjadi PA Vida menerusi satu video live di Instagram.

Dalam siaran tersebut, Qu berkata dia sudah tidak lagi berkolobrasi dengan Vida dan sehingga kini tiada sebarang surat tawaran diberikan oleh jutawan kosmetik tersebut.

"Selepas selesai rakaman muzik video 'Ku Ikhlaskan', saya menunggu surat perjanjian kerja kerana ia sangat penting, tapi masih tidak ada. Tidaklah saya guna perkataan berhenti, sebab awalnya ditawar untuk kolaborasi, tapi kini kami tidak lagi jalankan apa-apa kolaborasi bersama,"katanya.

Klik untuk gambar besar



Ujarnya lagi, pada awalnya dia ditawarkan untuk berkolaboras dengan usahawan itu untuk menjadi PA acting untuk ditayang di khalayak ramai.

Bagaimanapun, pemuda itu berkata dia berasa kurang selesa apabila perlu menjalankan tugas seperti PA sebenar. Pendedahan pemuda itu ternyata mengejutkan ramai serta menasihati Qu supaya lebih peka mengenai surat tawaran kerja.

Tidak kurang juga, ada yang mengatakan nasib menimpa Qu itu hampir sama dengan apa yang dilalui bekas pembantu peribadi Vida iaitu Iqbal Zulkifli. Setakat ini masih tiada penjelasan lanjut daripada Vida sendiri mengenai perkara itu. Apa-apa pun sama-sama kita nantikan.



         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: