21 April 2022

"DOAKAN YANG BAIK-BAIK..." - MAWAR KARIM AKUI SEDANG KENALI SESEORANG, RANCANG NIKAH TAHUN INI



Baru-baru ini timbul pula desas-desus mengatakan Mawar Karim sudah berkahwin dengan seorang jutawan di sebuah pusat peranginan sebelum Ramadan lalu. Bagaimanapun, dakwaan tersebut dinafikan usahawan itu.


Dalam pada itu, Mawar, 33, mengakui kini sedang berkawan dan mengenali hati budi seseorang lelaki yang dikenalinya sejak tahun lalu. Bekas isteri Fizo Omar itu memohon orang ramai mendoakan rumah tangga yang bakal dibina itu berkekalan.

"Tidak ada, saya nafikan sebab saya masih proses mengenali seeorang. Saya harap doakan yang yang baik-baik supaya saya dapat belajar daripada pengalaman perkahwinan sebelum ini dan betulkan keadaan supaya tidak berulang lagi. InsyaAllah dalam tahun ni, saya minta doa semua. Tapi tunggu dulu kes mahkamah selesai dulu kot baru fikir pasal tu," ujarnya.

Klik untuk gambar besar



Ditanya sama ada lelaki tersebut dalam kalangan selebriti atau ahli politik, Mawar menjelaskan lelaki itu hanya orang biasa yang mempunyai perniagaan sendiri.

"Status saya mengenali seseorang sekarang ini dan dia orang biasa sahaja. Saya dah mengenali orang tersebut dah hampir setahun. Kami masih mencari chemistry antara anak saya Maryam dan orang tersebut. Berhubung status lelaki tersebut saya tak boleh nak berkongsi dan komen apa-apa," katanya.

Untuk makluman, Mawar berkahwin dengan Fizo pada November 2013 namun bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Hulu Langat pada 10 Julai 2019. Hasil perkahwinan, mereka memiliki seorang anak perempuan Wan Maryam kini berusia lima tahun.



         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: