20 April 2022

PUKUL BEKAS ISTERI - PENYANYI DITAHAN POLIS



Dalam kejadian di kawasan rumah di Kota Damansara, di sini, penyanyi didakwa telah memukul bekas isterinya. Katanya, kejadian berlaku ketika mangsa mahu mengambil anak lelakinya daripada suspek di kawasan parkir rumah pada 2.29 petang.


Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, mangsa berusia 27 tahun membuat laporan berhubung kejadian semalam.

"Ketika berada di situ, berlaku perselisihan faham kerana mangsa enggan bergambar bersama lelaki terbabit. Suspek berusia 45 tahun itu kemudian memarahi dan memukul badan pengadu menyebabkan kesan lebam dan sakit pada anggota badan mangsa," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Mohamad Fakhrudin berkata, bertindak atas maklumat itu, pihaknya menahan lelaki berkenaan di kediamannya, hari ini.

"Hasil ujian saringan air kencing dilakukan terhadap suspek didapati negatif. Suspek akan dibawa ke mahkamah esok untuk permohonan reman. Kes itu disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan Seksyen 18 (A) Akta Keganasan Rumahtangga 2017," katanya.

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: