20 April 2022

KAZAR TAK TAHU NAK KOMEN MACAM MANA ISU ANAK DIDAKWA KACAU SUAMI ORANG: "MEREKA SAJA TAHU APA BERLAKU"



"Tak yah lah, tak ada apa nak komen. Susahlah nak cakap. Mereka saja tahu apa berlaku. Apa saya tahu, perkara ini kecoh diperkatakan baru-baru ini. Cuma, saya tak tahu nak komen macam mana. Saya juga kena jaga hati semua pihak apatah lagi di bulan Ramadan ini," demikian kata pelakon veteran Kazar yang juga bapa kepada wanita dikenali sebagai Ira Kazar.


Sejak beberapa hari lalu hangat diperkatakan apabila pelakon Puteri Sarah mendedahkan rumah tangganya diganggu oleh orang ketiga iaitu Ira Kaza sejak tiga tahun lalu.

Kazar atau nama sebenarnya Kazaruddin Saisi, 63, berkata apa berlaku hanya mereka saja yang tahu dan dia juga tidak tahu untuk komen macam mana.

Klik untuk gambar besar



Dalam pada itu, Puteri Sarah juga enggan lagi mengulas lanjut mengenai isu tersebut. Terdahulu, Puteri Sarah mendedahkan sering diganggu oleh individu disebalik puluhan akaun media sosial palsu.

Puteri Sarah turut berpesan kepada Ira Kaza yang juga anak kepada pelakon veteran Kazar itu supaya berhenti mengganggunya serta mendoakan gadis itu dan suaminya diberikan hidayah.

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: