20 April 2022

"SAYA TAK NAK MENGIYAKAN ATAU MENAFIKAN SAMA ADA SAYA MEMPROMOSIKAN GOLONGAN LGBT" - ALIFF SYUKRI



Semua sedia maklum, usahawan kosmetik Datuk Seri Aliff Syukri tampil dengan lagu raya terbaharunya berjudul 'Kelepok Raya'. Bagaimanapun, ramai yang meluahkan rasa kurang senang dengan aksi penari yang dalam muzik video (MV) terbabit.


Malah ada yang mendakwa Aliff telah mempromosikan golongan lesbian, gay, biseksual daan transgender (LGBT). Menjawab dakwaan tersebut, Aliff berkata, dia tidak mahu mengiyakan atau pun menafikan dakwaan berkenaan. Aliff sebaliknya memberitahu apa yang cuba disampaikan adalah seni tarian.

"Saya tak nak mengiyakan atau menafikan sama ada saya mempromosi golongan LGBT ini atau tidak. Apa yang dilihat itu adalah seni tarian, saya cuma hendak beri kelainan sahaja," katanya.

Pun begitu, Aliff meminta agar netizen tidak terlalu menghakimi penari-penari itu dari luaran sahaja kerana dia mendedahkan ada diantara mereka yang sudah berkahwin.

"Netizen nampak lembut saja, terus cop golongan LGBT. Mereka yang terlibat (menari) dalam klip video merupakan penari profesional. Mereka ada kerjaya tetap. Seorang itu merupakan seorang pensyarah dan ada seorang lagi itu, kerja sebagai askar.

Klik untuk gambar besar



"Dalam profesion askar pun ada biro atau exco kebudayaan tahu? Bila kalian menghina, tahu tak mereka semua ada tahap pendidikan yang tinggi, ada ijazah. Ada antara mereka yang dah kahwin dan punya isteri. Jadi, kita tak boleh nak hakimi orang daripada apa yang kita nampak sahaja sebenarnya," jelasnya.

Dalam pada itu, mengulas mengenai lagu rayanya kali ini, Aliff menjelaskan makna sebenar tajuk 'Kelepok Raya': "Kelepok tu maksudnya macam kita 'lepok' atau pukul orang lah macam tu…tiada makna lain pun. Saya pilih kerana ia catchy sahaja," ujarnya ringkas.

Lagu dan MV 'Kelpeok Raya' yang turut dinyanyikan oleh isterinya, Datin Seri Shahida itu telah dilancarkan hari ini di laman YouTube pada jam 12 tengah hari tadi.



Bukan itu saja, Bonda Rozita dilihat turut memuat naik satu video di Instagram miliknya mengingatkan status anaknya itu yang merupakan seorang suami dan juga bapa.

Aliff dilihat ada meninggalkan komen mempersoalkan apakah salahnya serta meminta ibunya bersikap profesional dan menyifatkan muzik videonya itu adalah seni. Bagaimanapun, ibunya dilihat membalas semula komen Aliff itu dengan kata-kata pedas.

"Saya tak faham mak, apa salah saya? Tolonglah mak profesional sikit. Ini semua 'art' (seni)," kata Aliff.

Rozita kemudian membalas komen tersebut dengan menulis: "Art tahi kucing kaulah."




         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: