20 April 2022

"SIMPAN JAMBANG & WARNAKAN RAMBUT ANTARA SEBAB UNTUK SAYA MOVE ON" - DA'I SYED AKUI MENANGIS GARA-GARA TERTEKAN KES CABUL



"Saya pernah duduk sendiri menangis dalam bilik disebabkan tekanan. Hati saya bagaikan sudah pecah disebabkan perkara yang berlaku. Menyimpan jambang dan mewarnakan rambut antara sebab untuk saya move on. Saya tukar personaliti dan karakter supaya tidak lagi melihat muka yang dahulu.


"Setiap hari saya berdoa dan lakukan lebih banyak amal kebajikan supaya Allah dapat membuang perasaan tekanan itu," itulah kata pendakwah bebas Da'i Syed Iqmal yang membuat keputusan untuk mengubah penampilannya dengan mewarnakan rambut dan menyimpan jambang, dek kerana enggan memikirkan kisah lalu.

Untuk makluman, Syed berdepan dengan pertuduhan melakukan seks luar tabii dan mencabul seorang penuntut kolej swasta pada Oktober tahun lalu dan kes tersebut masih berjalan di mahkamah sehingga kini.

Bagi Syed atau nama sebenarnya Syed Shah Iqmal Syed Mohammad Shaiful, 27, perubahan tersebut memudahkan dia memulakan kehidupan baharu. Dalam pada itu, Syed mengakui dia terpaksa bersabar dengan kecaman yang diterimanya. Dia juga mengambil pendekatan untuk memaafkan sesiapa sahaja yang bercakap buruk tentang dirinya kerana tidak tahu akan perkara sebenar.

Klik untuk gambar besar



"Semua orang boleh bercakap tentang saya tetapi mereka tidak kenal saya secara peribadi. Jadi saya maafkan segala kecaman yang dilemparkan. Saya juga memohon maaf kepada sesiapa yang mungkin tergores hati dengan apa yang telah berlaku," ujarnya.

Dalam perkembangan lain, Syed berkata dia kini sibuk dengan perniagaan pakaian dan sekali lagi berkolaborasi dengan hub fesyen Starvillion dengan menampilkan koleksi kurta terbaharu.

"Syukur dengan kerjasama dengan Stavillion dan saya amat senang hati diberi kesempatan ini. Istimewa koleksi tahun ini adalah saya sendiri yang memilih reka bentuk dan warna yang menggambarkan peribadi saya," jelasnya.



         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: