15 April 2022

ACHEY SANGGUP TOLAK 'JOB' LUMAYAN DEMI IBU: "SAYA AKAN USAHAKAN APA SAJA UNTUK BERBAKTI..."



"Saya hanya ada dia seorang saja, tiada pengganti. Sebagai anak saya akan usahakan apa saja untuk berbakti kepada ibu," ujar pelawak Achey yang sanggup membatalkan tawaran kerja yang mana boleh menerima bayaran lumayan, demi ibu tercinta, Ngaisah Hassan, 74.


Melihat keadaan kesihatan ibu yang tidak menentu, Achey sanggup berulang-alik ke Johor dan cuba melakukan sedaya-upaya menjaga ibunya termasuk menolak tawaran kerja.

Achey berkata, nyawa ibunya lebih penting daripada segala-galanya ketika ini dan berharap ibunya yang mengalami masalah kerosakan organ pankreas sejak setahun lalu itu akan segera sembuh.

Bercakap tentang kesihatan ibunya, Achey memberitahu ibunya enggan menjalani pembedahan awal dan disebabkan itu keadaan menjadi semakin serius sehingga mengakibatkan bahagian perut membengkak kerana saluran hempedu dan hati tersumbat.

Klik untuk gambar besar



Tambahnya lagi, isterinya adalah individu yang sentiasa bertegas supaya dia batalkan tawaran kerja kerana memikirkan keadaan ibu ketika dimasukkan ke hospital dua minggu lalu.

"Saya berterima kasih kepada isteri kerana dia yang bertegas supaya saya batalkan tawaran kerja kerana memikirkan keadaan ibu ketika dimasukkan ke hospital dua minggu lalu.

"Syukur juga dia telah menyusun jadual saya dengan baik agar boleh saya melawat ibu jika tidak terlibat dengan mana-mana program atau penggambaran. Kalau ikutkan bayaran yang diterima memang berbaloi, tetapi saya fikir rezeki ada di mana-mana," katanya.



Achey atau nama sebenarnya Mohd Nasir Hamzah, 36, berkata, dia tidak merasakan satu bebanan atau masalah besar untuk berulang-alik jika mahu berjumpa ibunya.

"Tidak menjadi masalah besar untuk saya berulang-alik jika mahu berjumpa ibu. Saya anggap ini adalah 'lombong emas' yang boleh memberi saya kebaikan di dunia dan akhirat kelak. Saya tak mahu sia-siakan peluang yang ada ini

"Saya bukan anak yang baik, tapi kalau orang lain kat tempat saya mereka akan usahakan benda yang sama untuk orang tua mereka," tuturnya.


         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: