15 April 2022

MAT DAN AKUI IBU BAPANYA TAK BENARKAN DIA KEMBALI KE ENGLAND, BIMBANG GAYA HIDUPNYA BERUBAH



"Kalau saya nak balik ke sana (England), saya kena bina hidup semula dari bawah sedangkan kawan-kawan di sana sudah berada di atas. Dulu bila cakap saya rindu kampung halaman, ibu bapa suruh saya fikir masak-masak. Mereka kata bukan tak nak saya balik ke sana, tapi mereka nampak perbezaan apabila saya berada di Malaysia berbanding di sana.


"Ini kerana gaya hidup saya di sana sebelum datang ke sini agak tidak menentu juga. Bukanlah jahat tapi tak seberapa dan mereka takut kehidupan saya jadi seperti begitu semula jika kembali ke sana," itulah jelas Mat Dan, 32, dimana dia mendedahkan ibu bapanya tidak menyuruh dia balik dan menetap semula di kampung halamannya di Bristol, England kerana bimbang cara hidupnya berubah.

Mat Dan atau nama Islamnya, Mohammad Kareef Daniel Abdullah berkata, dia sudah menetap di Malaysia sejak berusia 19 tahun lagi. Mat Dan bagaimanapun tidak menolak sebarang kemungkinan sekiranya ada alasan kukuh lain untuk dia kembali ke England.

"Kita tak tahu, mungkin bila anak saya sudah besar dan dapat bersekolah di sana. Jadi, saya tak boleh kata nak menolaklah," katanya.

Klik untuk gambar besar



Dalam pada itu, Mat Dan bersyukur selepas menyertai stesen radio Molek FM sebagai penyampai sejak awal tahun ini. Baginya, ia kelegaan terbesar untuknya kerana dia cukup terkesan sewaktu pandemik C0V1D.

"Sewaktu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan, saya kehilangan banyak kerja sampingan dan buntu di rumah. Kalau sebelum ini bujang tak ada masalah, tapi sekarang sudah ada dua anak, mereka perlu saya tanggung.

"Dalam hati saya kata tak boleh jadi begini, kena cari kerja yang stabil dan menjamin. Selama 13 tahun saya berada di Malaysia, inilah pertama kali saya dapat kerja yang betul-betul tetap," ujarnya.



         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: