15 April 2022

"TAK PERLU MENUNJUK-NUNJUK... JADI DIRI KITA SENDIRI" - FIZZ FAIRUZ ULAS ISU PAKAIAN SEMPOI ISTERI



Pelakon Fizz Fairuz mengakui dia lebih selesa memilih untuk menjalani kehidupan yang sederhana serta tidak menunjuk kemewahan, meskipun bergelar Datuk. Menurut Fizz tidak kisah siapa pun kita kita, paling penting adalah untuk jadi diri sendiri dan tidak perlu menunjuk pangkat dan kekayaan.


Baru-baru ini, Fizz ada mengulas mengenai penampilan sempoi isterinya, Datin Almy Nadia yang hanya memakai baju T-Shirt, seluar palazzo serta selipar Adidas ketika bercuti di sebuah taman tema pada Februari lalu.

"Semua itu atas diri sendiri. Kita tak perlu menunjuk-nunjuk ada pangkat, artis, kaya, berduit dan sebagainya. Jadi diri kita sendiri. Apa nak dibanggakan dengan apa yang kita ada? Asalkan selesa, senang nak bergerak," katanya.

Kata Fizz lagi, sebagai seorang selebriti dia tidak boleh menutup mulut orang ramai. Ujarnya, jika tidak boleh menerima pandangan lebih baik tidak perlu jadi artis.

Klik untuk gambar besar



"Kita dalam dunia seni ni, mereka boleh kritik dan cakap apa saja. Sebab kita ni public figure. Kalau tak boleh terima pandangan, tak perlu jadi artis. Apa yang isteri saya pakai hari tu pun okey. Sebab untuk keselesaan, lagipun ada anak kecil nak menyusu," ujarnya.

Terdahulu, netizen memuji pasangan itu menjalani kehidupan dengan penuh sederhana dan merendah diri walaupun bergelar Datuk dan Datin.

Sementara itu, selepas dua tahun 'terkurung' kerana pandemik, Fizz memberitahu tahun ini dia dan keluarga bersemangat untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri. Fizz atau nama sebenarnya Mohd Fairuz Zainal Abidin, 43, dia juga berbangga apabila anak sulungnya mampu berpuasa penuh pada usia tujuh tahun.



"Saya berbangga pada tahun ni anak sulung saya Noor Afrina Ariana tujuh tahun sudah berjaya berpuasa. Raya ni saya rasa cukup bermakna bila anak sulung saya berpuasa penuh Alhamdulillah, itu yang kata orang tu tahun ni kita mesti raya," tuturnya.

Dalam pada itu, Fizz berkata isterinya banyak memberi mendidik anak- anak untuk belajar berpuasa: "Kalau nak ikutkan, Datin yang banyak berikan didikan dorongan untuk anak berpuasa, mereka tahu kalau tak berpuasa berdosa," jelasnya.

Untuk makluman, Fizz dan Almy mendirikan rumah tangga pada 2014 dan dikurniakan empat cahaya mata perempuan, Nur Afrina Arianna, 6, Nurr Afrina Aurora, 5, Nur Afrina Ayra, 4, dan Afrina Aisyah yang dilahirkan pada Disember tahun lalu.






         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: