15 April 2022

"RASA DIRI MACAM TAK BERGUNA..." - RAJA SYAHIRAN SEDIH, TAK SANGGUP LIHAT UYAINA MERONTA TAHAN SAKIT



"Memang sedih apabila melihat isteri meronta-ronta tahan sakit, tetapi saya tidak boleh berbuat apa-apa untuk bantu. Hanya mampu berdoa sahaja. Ketika itu saya berharap kalau boleh sakit itu dipindahkan kepada saya dan biar saya yang tanggung.


"Saya rasa diri macam tak berguna kerana tidak boleh membantu," itulah kata penyanyi Raja Syahiran yang mengakui sedih melihat isterinya, pengacara dan pelakon Uyaina Arshad menahan sakit selepas pembedahan apendiks dan keradangan pada rahim.

Syahiran juga merasakan seperti dirinya tidak berguna apabila tidak dapat membantu isterinyan itu. Menurut Syahiran atau nama penuhnya Raja Syahiran Raja Azhanrianshah, 29, dia berharap kesakitan yang ditanggung Uyaina itu dapat dipindahkan kepadanya.

Pada Isnin lepas, Uyaina selamat menjalani pembedahan apendiks di sebuah pusat perubatan di Shah Alam, Selangor. Bagaimanapun dia terpaksa ditahan wad untuk pemeriksaan lanjut kerana mengalami keradangan pada rahim.

Klik untuk gambar besar



Uyaina atau nama sebenarnya Saidatul Naseha Uyaina Arshad, 30, yang kini sedang hamil anak pertama itu sudah dibenarkan pulang ke rumah dan dinasihatkan berehat selama dua minggu.

"Syukur isteri dan kandunganya sihat dalam keadaan baik sekarang ini dan doktor nasihatkan supaya berehat selama dua minggu. Selepas melihat keadaan isteri barulah saya faham bagaimana perasaan seseorang yang kita sayang dalam keadaan sakit namun tidak boleh berbuat apa-apa," ujarnya.

Untuk makluman, Syahiran dan Uyaina mendirikan rumah tangga pada 20 Disember tahun lalu. Minggu lalu, Uyaina berkongsi berita gembira dirinya dirinya sedang hamil dan meluahkan rasa teruja menyambut Ramadan pertama sebagai pasangan suami isteri.

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: