15 April 2022

IFA RAZIAH AKUI TERPAKSA PASANG LIMA 'BODYGUARD' - TAYANG BARANG KEMAS SEBAB NAK TUNJUK KEJAYAAN



Ifa Raziah sering dilihat memperagakan barangan kemas bernilai ratusan ribu ringgit dan pastinya soal keselamatan turut diutamakan oleh penyanyi ini agar tidak berlaku sebarang perkara yang tidak diingini.


Justeru itu, Ifa atau nama sebenarnya Saripah Raziah Mustapha, 47, mengupah seramai lima orang pengawal peribadi setiap kali keluar menghadiri majlis sebagai langkah keselamatan.

"Bukannya saya pakai barang kemas ini setiap hari. Hanya akan pakai ketika menghadari majlis tertentu sahaja. Saya ada lima orang pengawal peribadi yang akan pantau keadaan sekeliling apabila keluar dengan mengayakan barang kemas bernilai tinggi," ujar yang dipetik sebagai berkata kepada mStar.

Kata Ifa yang juga merupakan seorang usahawan, memakai barang kemas adalah salah satu strategi pemasaran untuk membuktikan kejayaan dalam perniagaan. Sementara itu, Ifa juga tidak mengambil peduli jika ada pihak yang mengatakan barang kemas yang dipakainya adalah palsu.

Klik untuk gambar besar



"Mungkin saya tidak tunjukkan duit yang banyak atau memiliki kereta mewah, tetapi dengan ada barang kemas begini ia merupakan satu cara pemasaran supaya orang melihat kejayaan saya. Jika ada yang kata saya pakai barang tiruan... biarkanlah. Apa yang penting masing-masing hidup bahagia," katanya.

Sementara itu, Ifa memberitahu dia mengalami waktu sukar tahun lalu selepas kerajaan mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Kuala Lumpur sehari sebelum acara berlangsung.

"Disebabkan PKPD saya terpaksa pulangkan semula semua wang sewa peniaga dan saya berjaya bayar kembali dalam tempoh 90 hari. Disebabkan itu juga mereka percaya kepada saya untuk teruskan pada tahun ini dan semakin ramai peniaga baharu yang mahu turut sama," tuturnya.

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: