15 April 2022

ISU WANITA SEKSI - CHUBB-E TAMPIL MOHON MAAF



"Assalamualaikum dan salam sejahtera. Di Hari Jumaat yang penuh barokah ini Saya Chubb-E, dengan ini memohon maaf secara terbuka kepada semua, berkenaan gambar dari muzik video lagu "RAMBANG" saya sebelum tayangan sebenar yang telah tersebar baru-baru ini.


"Saya sedar gambar berkenaan adalah adegan yang tidak sesuai ditonton oleh mana-mana pihak atau individu. Dengan rasa rendah diri saya sekali lagi memohon maaf pada semua di atas kekhilafan saya ini.

"Sekian dan Salam Ramadhan.✨🤎," tulis penyanyi Chubb-E menerusi laman Instagram miliknya dimana dia tampil memohon maaf selepas menimbulkan kekecohan berhubung beberapa keping gambarnya bersama seorang wanita seksi.

Difahamkan, gambar berkenaan merupakan sedutan daripada video muzik lagu terbaharu nyanyian Chubb-E dan Zyc berjudul 'Rambang'.

Klik untuk gambar besar


         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: