15 April 2022

"MAAF YA, SAYA TAK PERLU USTAZ ATAU USTAZAH JADIAN..." - FIZA BENGANG ANAK-ANAK DITEGUR TAK PAKAI TUDUNG



Pelakon Fiza Halim menerusi laman Instagram miliknya baru-baru ini ada berkongsi foto terkini dua anak gadisnya selepas beberapa bulan tidak berjumpa. Perkongsian Fiza itu menjadi perhatian ramai yang rata-ratanya memuji kecantikan anak-anak gadisnya itu.


Bagaimanapun, perkongsiannya itu turut dicemari dengan komen negatif dan teguran netizen di Instagram. Ianya dipercayai apabila ada netizen menyentuh tentang aurat anak-anaknya yang tidak memakai tudung apabila mengakui rambut mereka kelihatan tidak cantik.

Enggan berdiam diri, Fiza meluahkan rasa bengang menerusi satu perkongsian di Insta Story. Dalam status tersebut, Fiza berkata dia tidak memerlukan khidmat ustaz dan ustazah jadian.

Klik untuk gambar besar



"Maaf ya, saya tak perlukan ustaz atau ustazah jadian dalam ruangan komen saya! Saya kongsi gambar anak-anak hanya untuk peminat yang rindukan perkembangan saya dan anak-anak. Bukan untuk komen jadi ustazah dalam Instagram saya," tuturnya.

Fiza turut menegur netizen supaya tidak membuatkan dia dan anak-anaknya kecil hati kerana komen seperti itu lebih elok jika diberikan melalui kiriman mesej (DM).

"Kalau tak suka, sila 'unfollow'. Jangan kecilkan hati saya dan anak-anak. Bukan tak boleh menerima teguran, tapi kalau nak tegur, boleh mesej DM saya. Bukan secara umum macam ini. Insya-Allah saya akan balas.



"Bila tak kongsi gambar anak, cakap macam-macam. Bila dah kongsi, macam ini pula. Memang susah nak puaskan hati semua orang. Tapi ada aku kisah? Aku tak kisah langsung!" tulisnya lagi.

Untuk makluman, dua anak gadisnya yang bernama Ferra Aryana, 14, dan Feeya Adyrra, 13, merupakan anak hasil perkahwinan Fiza dengan Ahmed Farriq Zainul Abidin.

Fiza turut memiliki seorang lagi anak perempuan, Siti Alena Adra atau Baby Aleena, 4, hasil perkahwinan ketiga pada Disember 2016 bersama bekas suami, Aizat Al Jefri.




         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: