06 April 2022

AL-FATIHAH - GITARIS BPR, HARUN AMAT KEMBALI KE RAHMATULLAH



Kira-kira pukul 9 pagi Isnin, gitaris kedua kumpulan rock Bumiputra Rockers (BPR), Haron Amat atau nama sebenar Haron Ahmad, 55, telah menghembuskan nafas terakhir akibat kanser darah di Hospital Ampang, Selangor pada Isnin.


Menurut anaknya iaitu Hana Nafisah Haron, arwah tidak mempunyai sejarah penyakit kronik, namun kesihatannya merosot sejak kebelakangan ini sehingga dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) hospital berkenaan pada 3 Mac lalu.

"Arwah kerap demam sepanjang sebulan ini. Malah, arwah mengalami ruam pada bahagian badan, tetapi hanya diubati dengan menyapu krim kulit. Doktor mengesahkan arwah menghidap penyakit kanser darah dan dimasukkan ke ICU pada 3 Mac lalu.

"Selepas keluar hospital, arwah melakukan proses kimoterapi. Pernah suatu ketika, arwah demam teruk dan keluarga memutuskan untuk membawanya ke hospital," jelasnya.

Klik untuk gambar besar



Dalam pada itu, Hana memaklumkan jenazah arwah bapanya selamat dikebumikan di Masjid Abu Ubaidah, Sri Rampai selepas solat Asar. Allahyarham Haron berasal dari Kulai, Johor meninggalkan seorang balu dan empat cahaya mata.

Untuk makluman, BPR yang ditubuhkan di Johor Bahru pada tahun 1985 oleh gitaris utamanya iaitu Norzaini Mohammad atau Awang. BPR turut dianggotai oleh Johari Mat Rozekhi (Joey), Abdul Rahim Zain (Yem Bai), Ibrahim Musa (Yem C) dan Raja Zainal Abidin Raja Hasnan (Enal).

Haron menyertai BPR pada tahun 1988 selepas Yem C meninggalkan kumpulan itu. BPR popular menerusi lagu 'Dari Sinar Mata', 'Ku Tanggung Cinta Dusta Yang Membara' dan 'Dendam Cinta Seusia Dunia'.

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: