06 April 2022

GANGGUAN SEKSUAL - SATU LAGI KERTAS SIASATAN LIBAT USTAZ EBIT LEW SEDANG DISIAPKAN



"Belum pasti bila akan didakwa, masih disiapkan siasatan lagi," itulah kata Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Abd Jalil Hassan, yang memaklumkan, pihaknya sedang melengkapkan siasatan laporan yang dibuat di Semenanjung dan siasatan dijalankan termasuklah mengesan saksi-saksi berhubung dakwaan gangguan seksual.


Pada 18 Februari lalu, pendakwah terkenal, Ustaz Ebit Lew dihadapkan ke mahkamah di Tenom dipercayai membabitkan 11 pertuduhan termasuk berkaitan gangguan seksual.

Terbaru, satu lagi kertas siasatan berhubung kes gangguan seksual yang dikaitkan dengan Ebit Lew atau nama penuhnya Ebit Irawan Lew Ibrahim Lew, 37, kini sedang disiapkan.

Sebelum ini, Ebit mengaku tidak bersalah selepas didakwa di Mahkamah Litar di Pejabat Daerah Tenom terhadap 11 pertuduhan berkaitan gangguan seksual.

Klik untuk gambar besar



Ebit Lew didakwa mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara hingga lima tahun, denda atau kedua-duanya bagi setiap pertuduhan.

Mahkamah kemudian menetapkan 20 hingga 23 April depan sebagai tarikh penyerahan dokumen, manakala tarikh perbicaraan ditetapkan pada Jun depan. Ebit dibebaskan dengan jaminan RM1,000 bagi setiap pertuduhan dengan dua penjamin.

Untuk rekod, Ebit berdepan pertuduhan membuat penghantaran gambar dan perkataan lucah dengan bermaksud mengaibkan kehormatan seseorang melalui aplikasi WhatsApp.

Semua pertuduhan adalah bagi kesalahan yang didakwa berlaku di daerah Tenom, Sabah antara Mac hingga Jun 2021 terhadap seorang perempuan Melayu.

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: