06 April 2022

MIZZ NINA BERSYUKUR UJIAN HADIR KETIKA BULAN RAMADAN - FARA FAUZANA SEDIA JADI 'NANNY'



Semua sedia maklum mengenai Mizz Nina dan Noh Salleh yang kini mengambil anak angkat diberi nama Musa, selepas pasangan selebriti ini berkongsi berita gembira tersebut pada Mac lalu.


Baru-baru ini, Mizz Nina ada memuat naik perkongsian di laman Instagram menitipkan rasa syukur di atas ujian yang diberikan terutamanya ketika di bulan Ramadan.

Menerusi entri itu, Nina berkata, Allah SWT menguji orang-orang yang paling dikasihi Nya untuk melihat bagaimana kita memberi respons dan menghadapi ujian berkenaan.

Tambahnya, ujian yang kita rasai akan menyucikan diri kita sendiri. Ujarnya, kadangkala kita perlu merasai kesakitan supaya boleh menjadi hamba Allah sentiasa bersyukur dan berserah diri kepada Allah.

Klik untuk gambar besar



Katanya, Allah SWT menguji orang-orang yang paling dikasihi Nya untuk melihat bagaimana kita memberi respons terhadap situasi-situasi yang dipertemukan oleh Nya.

"Banyak kali kita tersesat dan lupa tentang kebaikan dan pertumbuhan yang berlaku di sebalik ujian ini, bagaimana Allah menghapus dosa-dosa kita untuk setiap air mata yang jatuh, dan juga setiap kesakitan.

"Kesakitan yang kita rasakan dalam badan kita, menyucikan diri kita sendiri. Kadang-kadang kita perlu merasai kesakitan, supaya kita boleh ingat untuk menjadi hamba yang bersyukur.

"Malah, untuk memecahkan ego yang ada dalam diri, mengakui kekurangan kita dan berserah diri kepada Allah. Saya bersyukur dengan ujian yang datang, tepat pada Ramadan," tulisnya.


Dalam pada itu, Mizz Nina turut berdoa agar diizinkan Allah untuk menyambut bulan Ramadan dengan yang lebih lembut dan bersedia untuk beribadah. Malah, Mizz Nina berkata keadaan sekarang juga sangat berbeza apatah lagi dia kini bergelar seorang ibu dan diperlukan banyak nasihat.

"Saya berdoa agar Allah izinkan saya memasuki dan menyambut bulan Ramadan dengan hati yang lebih lembut, suci dan bersedia untuk beribadah dengan sebaik-baiknya. Sangat berbeza bergelar seorang ibu sekarang!" tuturnya.

Perkongsiannya itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang memberikan kata-kata positif buat Mizz Nina dan paling menjadi perhatian adalah komen daripada pengacara popular, Fara Fauzana yang bersedia untuk menjadi 'nanny' kepada Musa jika Mizz Nina mahu keluar berbuka berdua bersama suaminya.

Untuk makluman, Mizz Nina mendirikan rumah tangga dengan Noh pada 1 Julai 2011. Sehingga kini, pasangan itu belum dikurniakan cahaya mata lagi. Sebelum ini, Mizz Nina dilaporkan pernah menjalani rawatan kesuburan persenyawaan in-vitro (IVF).

Pasangan itu membuat keputusan untuk mengambil anak angkat dibuat selepas menjalani pelbagai rawatan untuk memperoleh zuriat. Kehadiran Musa telah menyerikan lagi kehidupan pasangan ini. Mereka bagaimana pun tidak berkongsi butir lanjut mengenai Musa.

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: