06 April 2022

ZOEY RAHMAN: "SAYA BUKAN 'BUAYA', SAYA LELAKI BAIK... JANGAN TAKUT BERKAWAN DENGAN SAYA"



Selepas melalui banyak siri 'teman tapi mesra' bersama beberapa selebriti wanita, pelakon dan ahli perniagaan, Zoey Rahman kini dilihat semakin rapat dengan pelakon baharu, Shakira Stephen, 26, pula kali ini.


Ditanya mengenai sejauh mana perhubungannya dengan pelakon baharu itu, Zoey, 37, atau nama sebenarnya Mohd Hairey Azhar Abd Rahman berkata, dia sudah mengenali pelakon 'filem Gila Gusti' itu sejak 2018.

"Kami memang rapat sebagai kawan, untuk pergi makan-makan, 'hang out' dan luah perasaan. Kami kawan dan kenal masa dia menyertai program On Air kendalian Pak Nil (Datuk Aznil). Selepas itu, kami 'lost contact' dan baru-baru ini jumpa balik," katanya.

Klik untuk gambar besar



Dalam pada itu, ditanya pula jika Shakira adalah jodohnya, Zoey yang juga pengasas produk Mika Series berkata, dia tidak menolak.

"Kalau dia jodoh saya, saya terima seadanya. Dia wanita yang baik, jujur dan sopan santun. Saya okey kalau memang ada jodoh. Kalau tak jadi nanti, orang cakap lain pula sebab itu selalu bertukar-tukar.

"Hingga ada yang komen saya 'buaya'. Saya bukan 'buaya'. Saya lelaki baik. Wanita di luar sana jangan takut berkawan dengan saya," ujarnya.

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: