05 April 2022

SITI NURHALIZA RAI BIRTHDAY AAFIYAH & AFWA SERENTAK: "LAHIR PADA TARIKH SAMA, CUMA 1 BULAN & TAHUN SAJA"



"Alhamdullillah, saya gabungkan sambutan hari lahir buat permata hati saya Siti Aafiyah dan Muhammad Afwa. Gabungan yang sangat istimewa kerana kedua-duanya lahir pada tarikh yang sama, cuma beza 1 bulan dan tahun saja.


"Saya adakan majlis yang sederhana namun ada pihak yang turut bermurah hati dan menjadikan majlis semalam sangat meriah," tulis penyanyi terkenal, Datuk Seri Siti Nurhaliza yang baru-baru ini mengisi masa dengan meraikan ulang tahun kelahiran dua permata hatinya, Siti Aafiyah (19 Mac 2018) dan Muhammad Afwa (19 April 2021) yang masing-masing kini genap empat dan satu tahun.

Apa yang menarik, Siti atau mesra disapa Tok Ti mendedahkan dia sengaja satukan majlis sambutan memandangkan keduanya berkongsi tarikh kelahiran yang sama, cuma tahunnya saja yang berbeza.

Berkongsi foto-foto bermakna sepanjang sambutan menerusi laman Instagram, penyanyi lagu 'Cindai' ini memilih tema yang dirasakan sesuai buat kanak-kanak seusia anak-anaknya.

Klik untuk gambar besar



"Anakanda Aafiyah memang suka bermain air (macam ayah dia, mungkin sbb bintang sama Pisces) .. Afwa pula ikut sajalah. Tema ibu pilih sesuai untuk anak anak semua enjoy dan syukur cuaca sangat mengizinkan.. ( puas ibu berdoa.. sekali panas terik ye..)," katanya lagi sambil menberikan kredit kepada semua pihak terlibat.

Meninjau ke ruangan komen, rakan artis dan peminat turut sama meninggalkan dedikasi selamat hari jadi pada ruangan komen selain menitipkan doa yang baik-baik buat Siti sekeluarga.

Untuk makluman, Siti dan suaminya, Datuk Seri Khalid Mohd Jiwa mendirikan rumah tangga pada 21 Ogos 2006 dan mereka bahagia harmoni dengan sepasang cahaya mata.






























         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: