22 April 2022

"ALHAMDULILLAH... PARU-PARU SAYA SEKARANG TIDAK PERLUKAN RAWATAN HINGGA PERLU DITEBUK" - EBBY YUS



Kerana perlu mengutamakan kesihatan yang sebelum ini diuji dengan masalah paru-paru, pelakon dan pelawak terkenal Ebby Yus memberitahu dia perlu berhati-hati menerima tawaran berlakon.


Bukan menyepi namun Ebby Yus atau nama sebenarnya, Muhammad Yunus Abdul Rashid, 57, kini aktif dalam program Radio NegeriFM selain hanya menerima tawaran berlakon tanpa memerlukan tempoh penggambaran terlalu lama.

"Alhamdulillah, doktor sudah buat pemeriksaan dan keadaan paru-paru saya sekarang tidak memerlukan rawatan hingga perlu ditebuk. Namun begitu, saya perlu menjalani rawatan susulan di hospital. Saya amat berterima kasih kepada banyak pihak terutama peminat kerana masih mengingati dan mendoakan kesihatan saya.

"Terima kasih buat semua yang mendoakan dan percayalah, doa kepada saya berbalik kepada kalian semua. Doa yang baik-baik," katanya yang paling diingati dengan peranan beliau dalam siri sitkom televisyen 'Simpang Tiga'.

Klik untuk gambar besar



Terdahulu, Ebby mengalami kerugian lebih RM200,000 apabila rumah baharu yang dibinanya di Kampung Paya Lebar, Hulu Langat, Selangor sejak empat tahun lalu musnah sepenuhnya dalam kejadian banjir pada 18 Disember lalu.

Kediaman dua tingkat yang dibina Ebby di atas tanah dibeli secara kongsi bersama abangnya itu dibangunkan berperingkat mengikut modal yang dikumpul hasil kerjaya seninya.

"Buat masa sekarang, kediaman itu sedang dibina kembali atas bantuan kerajaan namun masih belum siap sepenuhnya susulan masalah jambatan yang runtuh ketika dilanda banjir dahulu. "Hari raya nanti, saya akan beraya di kampung di Batu Kikir bersama kakak saya yang tinggal di kampung sebelum kembali ke Kuala Lumpur untuk terus bekerja," tuturnya yang turut berkata, pengambaran Sitcom JKK akan bermula bulan Mei ini sebanyak 13 episod.

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: