22 April 2022

BERI 'GREEN LIGHT' KEMBALI AKTIF BIDANG SENI - PU RIZ PERCAYA NEELOFA BAWA IMEJ BAIK TAAT PERINTAH ALLAH



"Alhamdulillah, Lofa boleh ikut... pakaian pun, dia taat la pada perintah Allah! Jadi, kita bagi dia ruang untuk dia berkarya dalam benda-benda dia dah biasa buat," demikianlah kata Pencetus Ummah (PU) Riz atau nama sebenarnya Haris Ismail yang memberi 'green light' kepada isterinya, selebriti dan usahawan Noor Neelofa untuk kembali aktif dalam bidang seni, selepas tiga bulan melahirkan cahaya mata pertama.


Menurut PU Riz, dia sudah berbincang dengan Neelofa mengenai perkara itu dan mempercayai isterinya dapat membawa imej agama dengan baik sepanjang berada dalam industri seni.

"Alhamdulillah, kita dah diskusi benda ini (had kembali aktif) begitu detail la setiap perkara... dengan imej agama yang dibawa, kena banyak berhati-hati.

"Soal lakonan, kita tak kata tak nak terbabit langsung, tapi itu bukan keutamaan sebab sekarang buat perniagaan dan masa tu tak ada. Lebih pada nak fikir perniagaan, ada produk baru nak lancar. Macam saya pun lakonan, setakat perancangan tak ada lagi," jelasnya.

Untuk makluman, bekas pengacara program MeleTOP itu selamat melahirkan bayi lelaki yang diberi nama Muhammad Bilal di sebuah pusat perubatan pada 31 Januari lalu. Neelofa atau nama sebenarnya Noor Neelofa Mohd Noor mendirikan rumah tangga dengan Muhammad Haris Mohd Ismail, 28, pada 27 Mac tahun lalu.

Klik untuk gambar besar



Dalam pada itu, Neelofa memberitahu dia bakal tampil dalam beberapa program bual bicara yang masih dalam proses perbincangan. Biarpun bakal kembali aktif, namun usahawan berusia 33 tahun itu tetap mahu menjalankan rutin sebagai seorang ibu dengan mengutamakan anaknya terlebih dahulu.

"InsyaAllah saya pun dah berbincang dengan suami, mungkin saya akan keluar program bual bicara. Sekarang masih dalam proses perbincangan. Masih lebih kepada bisnes tapi keutamaan kami adalah Bilal. Saya pun tak nak dia lama-lama dengan helper. Saya nak jalankan rutin sebagai ibu itu lebih daripada yang lain.

"Kalau berbisnis pun boleh buat dekat rumah, jarang-jarang kena pergi meeting ke shooting ke. Sama juga program dalam industri ini pun, tak makan masa," ujarnya.

Sementara itu, disoal mengenai perancangan zuriat seterusnya, Neelofa memberitahu dia dan suaminya sememangnya mahukan cahaya mata lagi malah sentiasa menerima rezeki yang Allah berikan: "Perancangan anak seterusnya... kita nak anak lagi. Terima dan terima dan terima," tutur Neelofa.




         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: